Hotel bajet di kedah ini merupakan Hotel Koperasi yang terletak di tengah Pusat Bandar Alor Setar. Ia adalah merupakan hotel kedua milik Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad selepas hotel Darulaman (Jitra). Hotel ini mempunyai 28 bilik terdiri daripada 12 unit bilik standard, 7 unit bilik superior, 8 unit bilik deluxe dan 1 unit bilik suite.
Kesemua bilik dilengkapi dengan sistem penghawa dingin berpusat dan wifi, serta pelbagai kemudahan lain yang dapat memudahkan dan memberi keselesaan kepada tetamu. Harga bilik yang ditawarkan juga adalah berpatutan.
Harga bilik Hotel Koperasi:
